Testimoni EzyHaji

Berikut adalah coretan ikhlas oleh:


Puan Siti Noriah binti Ibrahim


Alhamdulillah dengan izin Allah dapat melaksanakan badal haji untuk arwah ibu, Mek Nab binti Omar. 

Terima kasih kepada Ustazah Ayu yang menggalas tugas sebagai wakil kerja-kerja badal haji ibu saya. Susah sebenarnya untuk mencari pembadal yang betul-betul boleh dipercayai kerana banyak cerita negatif berkaitan mereka yang kita dengar di luar sana. Ada yang mengeksploitasi kadar bayaran dan ada yang tidak benar-benar melaksanakan kerja haji sehingga selesai.

Namun, segala kepercayaan diberikan kepada beliau di samping saya memohon agar dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang beliau lalui.

Moga-moga badal haji ibu diterima dan dosa-dosa ibu diampunkan Allah. Insya'Allah.

Wallahu a'lam.